Páginas

Monday 11 May 2015

Kembali Kepada Nilai Asas Hargai Pengorbanan Ibu

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 10 MAY 2015

 
Rohani bersama sebahagian wanita yang bergelar ibu selepas menerima penghargaan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan sempena Program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 Negeri Terengganu, di Mydin Mall, Gong Badak Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tg Syamim Tg Ismail.
*****
Rakyat negara ini disaran kembali kepada nilai asas bagi menunjukkan kasih-sayang dan menghargai pengorbanan wanita yang bergelar ibu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.


“Kita mesti kembali kepada asas, selain sibuk dengan transformasi dan pembaharuan, pelbagai pembangunan negara, kami di Kementerian (KPWKM) mengajak supaya tidak melupakan nilai-nilai asas. Jadi kerana itu kami mengadakan bersama program-pogram kerajaan yang lain untuk memastikan nilai-nilai asas ini kita jangan lupakan, walaupun kita berada dalam negara maju.

“Kita terapkan dan dan ajak beramai-ramai supaya menyertai program ini dengan tema `saya sayang ibu’,  `saya sayang keluarga’, tetapi  dia tidak bermakna jika kita di Malaysia susah hendak menzahirkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan sempena Program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 Negeri Terengganu, di Mydin Mall, Gong Badak Kuala Terengganu, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof.

Rohani berkata, program sambutan hari ibu bersempena jelajah keluarga bahagia  itu mampu mengumpul dan menggalakkan orang ramai untuk menxahirkan kasih saying terhadap ibu dan juga  keluarga.

“Sambutan hari ibu sesuatu yang sangat ringkas, namun jika tidak meraikan beramai-ramai, perkara ini akan hilang begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan hari ibu pada hari Ahad minggu kedua setiap Mei pada kali ini disambut secara serentak oleh KPWKM menerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)  di 10 lokasi lain seperti Stadium Mini Bistari, Ayer Keroh, Melaka; Kompleks Sogo, Kuala Lumpur; Palm Mall Seremban; Medan Niaga Satok Kuching dan Institut pendidikan Guru (IPG), Perlis.

Katanya, program itu bertujuan memberi kesedaran kepada mesyarakat terutama keluarga untuk meraikan ibu masing-masing sebagai mengharagi sumbangan dan jasa ibu kepada keluarga.

Tambahnya, ia juga diharap mampu menyuburkan nilai kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih-sayang dalam kalangan ahli keluarga, masyarakat dan negara.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara terasuk persembahan deklamasi sajak hari ibu, koir hari ibu dan anugerah khas sempena penghargaan hari ibu peringkat negeri 2015.

Teganukita

No comments:

Post a Comment