Páginas

Sunday, 24 May 2015

Taman Tema Air Tasik Kenyir Dibuka 31 Mei

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 24 MAY 2015


Taman Tema Air Kenyir atau Kenyir Waterpark bakal dibuka bersempena dengan Festival Kenyir yang akan berlangsung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bermula 31 Mei sehingga 6 Jun ini.

Pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Ketengah Holding Sdn Bhd, Suhaimi Said berkata taman tema air pertama di Terengganu itu menjadi tarikan terbaru sempena festival selama seminggu itu.


“Pembukaan taman tema air tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan lagi Tasik Kenyir disamping menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini sepanjang Festival Kenyir dijalankan.

“Untuk permulaan, hanya fasa pertama dibuka kepada pengunjung dan pada bulan Ramadhan ianya akan ditutup sementara bagi melakukan ‘post mortem’ untuk tujuan penambahbaikan,” katanya kepada teganukita hari ini.

Tambahnya, penutupan sementara itu juga adalah untuk mengkaji jika mempunyai kelemahan yang ada untuk ditambah nilainya sebelum dibukas secara rasmi.

Kerajaan negeri mensasarkan untuk menarik 70,000 pengunjung ke festival tersebut.



Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment