Páginas

Wednesday 13 May 2015

Sidang DUN : 13 Projek Bangunkan Kuala Besut

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 13 MAY 2015


Sembilan projek telah dilaksanakan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Besut manakala empat lagi masih dalam peringkat perlaksanaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata antara projek yang telah dilaksanakan adalah pembinaan kediaman, pembangunan kemudahan masyarakat, pembangunan ruang perniagaan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur.


Manakala empat projek yang sedang dalam perlaksanaan tersebut melibatkan sektor saliran dan juga perparitan di RKK Kuala Besut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Tambahnya, Kuala Besut yang menjadi pintu utama ke pulau-pulau peranginan terkemuka bakal memberi kekuatan kepada ekonomi negeri Terengganu turut dinaiktaraf bagi kemudahan pelancong dan penduduk setempat.

“Antara projek yang telah dilaksanakan ialah kediaman pangsapuri di Kampung Tengah, Kuala Besut kemudian ada dua projek kemudahan masyarakat selain dari dua projek perdagangan.

“Projek perdagangan ini berserta dengan pencahayaan dan kemudahan-kemudahan lain iaitu kiosk perniagaan di ruang awam jeti serta arked perniagaan di tapak hentian bas,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment