Páginas

Sunday 28 June 2015

10,000 Sambut PM Di Besut 6 Julai

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK 28 JUNE 2015

Dato' Muhammad Pehimi Yusof
*****
Dijangka 10,000 penduduk daerah Besut menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sempena lawatan beliau ke daerah itu pada 6 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, sempena lawatan pertama Perdana Menteri itu beliau akan berbuka puasa bersama penduduk di Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Bukit Keluang, Besut.


Katanya, selain itu Najib juga akan melancarkan program Syahadah Pelajar Imtiaz serta menyampaikan bantuan dana raya  kepada 1,200 peserta  mewakili golongan miskin, OKU dan anak yatim.

Muhamad Pehimi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, pada majlis sama Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan komputer riba kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah itu.

“Selepas itu Perdana Menteri akan berlepas ke Bandar Jertih dan menyertai umat Islam untuk menunaikan Solat Terawih di Masjid Ulul Albab,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di Masjid Padang Luas, Besut.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment