Páginas

Sunday 14 June 2015

Terengganu Juara Superb 2015

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 13 JUNE 2015


Terengganu mengesahkan kejuaraan di Kejohanan Sukan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Se-Malaysia Ke-13 (Superb) 2015 yang berakhir, malam tadi.

Kontinjen tuan rumah berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa untuk mengatasi 12 pasukan negeri lain yang bertanding pada kejohanan sukan dwi-tahunan itu.


Kejayaan pasukan yang diketuai Chief De Mission, Mohd Zahari Mohd Azahar yang juga Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (TPKN) itu diraih menerusi acara futsal dan karom berpasukan, manakala pingat perak melalui badminton dan ping pong berpasukan sementara pingat gangsa daripada acara badminton kategori beregu terbuka.

Naib juara milik kontinjen Pulau Pinang yang memenangi dua pingat emas dan satu perak manakala pasukan Sabah di tangga ketiga dengan satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Hadiah disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri (PKN), Dato’wan Nawawi Wan Ismail dan semua PKN dan TPKN yang bertanding.

Di penghujung majlis itu, turut diadakan acara penyerahan bendera kejohanan kepada Perlis yang bakal menjadi tuan rumah temasya sukan yang sama pada 2017.

Kejohanan yang bermula dari 7 hingga 12 Jun itu, menyaksikan sebanyak 800 penjawat awam dari 13 buah negeri mengambil bahagian dalam acara badminton, ping pong, dart, karom, futsal dan tenpin boling.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment