Monday, 22 June 2015

Robohkan Struktur Tulisan UMNO : Kerajaan Dap Biadap, Seakan “Cari Pasal”

Oleh: Azlina Rosdy


NIBONG TEBAL, 19 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO negeri itu hari ini, sebagai satu tindakan provokasi dan kurang ajar.


Jelasnya, tindakan tersebut seakan sengaja ‘cari pasal’ di kala umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah merobohkan struktrur tersebut atas arahan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Nampaknya Guan Eng telah memperalatkan MBPP untuk ‘menyakiti’ hati ahli UMNO.

“Tindakan ini adalah sangat biadap. Tanpa ada sebarang makluman dan perbincangan dengan pihak pengurusan UMNO Pulau Pinang, struktur tersebut dirobohkan.

“Sebenarnya struktur tersebut terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn. Bhd. Apa salahnya berbincang dahulu dengan pihak pengurusan UMNO sebelum merobohkannya,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang diedarkan.

Tambah Rafizal, dirinya turut berada di lokasi kejadian. Tindakan ini jelas memperlihatkan betapa kejam dan zalimnya Guan Eng malah sanggup mempergunakan MBPP. Ia seakan cuba mengistihar perang dengan UMNO.

“Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin mengingatkan Guan Eng agar jangan mencabar dan terlalu kerap bermain api.

“Cubaan merobohkan struktur tulisan keramat UMNO ini ibarat mencabar kami ahli-ahli UMNO. Secara peribadi, saya bimbangkan kemarahan ahli UMNO bakal sampai ke kemuncaknya jika Guan Eng terus melakukan provokasi melampau sebegini,” katanya lagi.




– MediaUMNO

No comments:

Post a Comment