Páginas

Wednesday 3 June 2015

Tiga YDP Majlis Daerah Angkat Sumpah

AUTHOR: NORAINI JUSOH 3 JUNE 2015


Tiga Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah yang baharu mengangkat sumpah jawatan tersebut di Wisma Darul Iman, hari ini.

Mereka ialah YDP Majlis Perbandaran Kemaman, Rosman Roslan; YDP Majlis Daerah Besut, Zainal Abidin Mohamed dan YDP Majlis Daerah Marang, Osman A.Bakar.


Kesemua yang mendapat mandat dan kepercayaan daripada kerajaan negeri itu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebelum bermulanya mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment