Páginas

Monday 29 June 2015

498 Masjid Terima Sumbangan Biro Kebajikan UMNO Malaysia

AUTHOR: NORAINI JUSOH 28 JUNE 2015


Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menyampaikan kurma, air zam zam dan kain baju Melayu kepada 498 masjid di seluruh negeri.


Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setiap masjid menerima 10 kilogram kurma, 10 liter air zam zam dan 7,470 helai kain baju Melayu yang akan diagihkan kepada pihak pengurusan masjid oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

“Ini adalah tahun keempat Biro Kebajikan UMNO Malaysia menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak kita beri bantuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Penyerahan Kurma, Air Zam Zam dan Kain Baju Melayu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mewakili Masjid Seluruh Terengganu di Dataran Wisma Darul Iman, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Razif bagi pihak kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih diatas kerihatinan Biro Kebajikan UMNO Malaysia.

“Ini adalah salah satu sikap ambil berat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada pihak pengurusan masjid.

“Langkah yang telah dilaksanakan melalui Biro Kebajikan UMNO ini adalah satu perkara yang amat bagus dan patut dicontohi,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment