Ahmad Razif menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada Musalman, di Wisma Darul iman Kuala Terengganu. Foto Hasmizi Hamid
*****
Penyelia muda dari Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) Production Sdn Bhd, Musalman Kamal, 22 tidak menyangka berjaya mewakili negara ke pertandingan Pertandingan Kemahiran Peringkat Dunia, Worldskills Sao Paulo, Brazil pada Ogos ini.Beliau anak seorang tukang perabot di Dungun, Terengganu menganggap peluang itu cukup berharga, selain mampu melakukkan yang terbaik masih terlalu muda dalam bidang pembuatan perabot.
Anak keenam dari tujuh beradik buat pasangan Kamal Nordin, 60 dan Zainab Endut, 55 yang mewarisi bakat ayahnya berjaya mewakili negara selepas berjaya memenangi pingat Perak di AseanSkills di Hanoi.
“Saya hanya mempunyai sijil tahap 1 dan 2 dalam kursus pembuatan perabot dan sekarang ini saya sedang memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma memang saya tak sangka akan sampai ke tahap ni sebab saya masih lagi mentah dan memang pesaing yang ada lebih hebat dari saya.
“Penglibatan awal saya bermula apabila saya menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 2013 dan saya berjaya merangkul emas, kemudian pada 2014 saya mewakili malaysia di pertandingan AseanSkills, Hanoi dan saya dapat perak,” katanya kepada pemberita.
Katanya, dia mempunyai kepakaran membuat tanggam dan sebenarnya memang saya mewarisi bakat ayah saya yang mempunyai bengkel perabot dan sejak dari kecil saya belajar cara membuat perabot dengan ayah saya.
“Sekarang saya juga sedang berusaha keras berlatih untuk persediaan ke pertandingan pada Ogos ini,” katanya.
Musalman juga merupakan antara salah satu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih menyertai Program Titian Bestari pada 2010 dan beliau turut dinobatkan sebagai Ikon Belia Negeri Terengganu.
Beliau turut menerima saguhati dari kerajaan negeri sebanyak RM3,000 yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam
Sementara itu, Ahmad Razif berharap agar lebih ramai belia yang mengikut jejak langkah Musalman untuk terus mencipta kejayaan dengan mengharumkan nama negeri dan negara.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment