Páginas

Tuesday 2 June 2015

ECERD Belanja RM16 Juta Laksana Program Latihan Akademik, Keusahawanan

AUTHOR: MASTURA JAMALDIN 1 JUNE 2015


Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membelanjakan kira-kira  RM16 juta untuk Program Latihan Akademik dan Latihan Keusahawanan di Terengganu melibatkan empat daerah iaitu Dungun, Kemaman, Besut dan Hulu Terengganu.


Sehubungan itu, 85 peratus daripada keseluruhan 400 usahawan di Dungun yang mengikuti program latihan berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing, malah ada yang berjaya membuka kedai dan perniagaan sendiri.

Pengurus Besar Pembangunan Sosial ECERD, Zulkifli Yaacob, berkata program terbaru melibatkan seramai 510 peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan serta program Latihan Akademik Empower Dungun yang berjaya menamatkan kursus mereka dan menerima sijil masing-masing di Majlis Konvokesyen dan Juara Empower ECER, di Dewan canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, semalam.

“Peserta terdiri daripada 110 pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta 400 usahawan,” katanya.

Majlis penyampaian sijil disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud.
Roslee yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi.

Turut hadir, Pengurus Projek Empower ECER, K. Suraindrain dan Pengurus ECERDC Terengganu, Ahmad Hashim.

Sementara itu, seorang peserta, Minah Salleh, 42, berkata, pengalaman selama lapan bulan menyertai program tersebut membantunya meningkatkan kemahiran dalam bidang kek dan pastri.

Minah berkata, dia mula mengambil tempahan biskut dirumahnya dan kini beliau memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM5,000 dan ke atas.

“Program ini banyak membantu saya, daripada seorang surirumah sepenuh masa yang tidak mempunyai kemahiran saya kini sudah mahir  dan mampu memperoleh pendapatan hasil daripada menjual pelbagai jenis kek dan pastri,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment