Mereka terpilih sebagai penerima hadiah khas sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Masjid Hadhari, Besut, malam tadi.
Penerima penghargaan terbabit adalah mereka yang berpendapatan rendah dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran.
Program itu dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertujuan menghargai jasa bapa selain menjadi panduan kepada masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof merasmikan program berkenaan yang tirut dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu jemputan.
Muhamad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, sambutan itu yang sepatutnya diadakan pada 18 Jun dan diawalkan mahu menghormati bulan Ramadan.
Katanya, sambutan bertemakan “Saya Sayang Bapa Saya” diharap dapat membangkitkan semangat golongan bapa untuk terus memipin keluarga masing-masing sehingga menjadi model kepada orang lain.
“Peranan bapa sebagai ketua, penyelamat, pelindung dan pendorong mampu membentuk keluarga bahagia dan cemerlang,”katanya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment