Páginas

Tuesday, 16 June 2015

Proses Naik Taraf IQT Kepada Kolej Universiti Siap 99.9 Peratus


AUTHOR: NORAINI JUSOH 16 JUNE 2015


Proses menaik taraf Institut Al-Quran Terengganu (IQT) sebagai Kolej Universiti kini mencapai tahap 99.9 peratus siap dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya paling lewat pada awal tahun hadapan.



Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri komited melengkapkan segala kemudahan ke arah menjadikan ia sebuah kolej universiti.

“Penambahan dari segi fasiliti dan tenaga pengajar telah diluluskan, cuma kita tunggu secara rasmi sahaja pengisytiharan IQT sebagai sebuah kolej.

“Paling lewat awal tahun hadapan dan kalau tidak ada halangan mungkin bulan September telah boleh dibuka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran IQT di Terengganu Equestrian Resort (TER), semalam.

Turut hadir, Pengarah IQT, Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Shafie.

Katanya, IQT kini mempunyai seramai 43 tenaga pengajar dan 50 kakitangan bahagian pengurusan.

“Pada peringkat awal setelah dinaiktaraf secara rasmi, seramai 1,000 pelajar akan ditambah dan akan dikembangkan dari semasa ke semasa begitu juga dengan bilangan kakitangan,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment