Páginas

Sunday 21 June 2015

Terengganu Antara Enam Negeri Dibangunkan UTC Tahun Ini

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 21 JUNE 2015
Kerajaan akan mewujudkan enam lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat versi mini dengan kos RM100 juta di seluruh negara tahun ini .



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada pemacu transformasi kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat.

“Lokasi dan bangunan UTC telah dikenal pasti dan akan melalui kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mini UTC Datuk Keramat di sini Sabtu.

Lokasi UTC baharu itu ialah di Kelantan, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Ahmad berkata kos pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan tersebut ialah antara RM20 juta dan RM40 juta, manakala versi mini adalah lebih rendah.

Sementara itu, katanya kos pengubahsuaian Mini UTC di Datuk Keramat adalah kira-kira RM15.8 juta dan mempunyai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia.

Pada masa ini, terdapat 10 UTC di negara ini, dengan lapan merupakan pusat yang lengkap dan dua versi mini.

UTC merupakan pusat sehenti untuk orang ramai menikmati kemudahan seperti membayar bil, memohon pasport, berjumpa doktor atau bersenam di gimnasium.

Ahmad berkata populariti dan sambutan yang menggalakkan terhadap pusat UTC adalah antara sebab bilangannya ditingkatkan.

Sehingga 31 Mei lepas, terdapat kira-kira 5.1 juta pengunjung ke 10 UTC.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment