BAHAGIAN 1
Transformasi menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud perubahan bentuk (sifat,rupa atau keadaan).
Perubahan dan pembaharuan atau transformasi merupakan suatu proses yang amat baik dan positif untuk menjana manfaat yang lebih besar dalam semua segi.
Ia adalah proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lebih baik dan lebih sempurna.
Dari sudut agama, transformasi yang diperkenalkan oleh Ahmad Razif ini adalah sesuatu yang amat dituntut.
Bermakna ia adalah nilai-nilai yang terkandung dalam agama dan merupakan ajaran Islam serta amalan yang perlu dilakukan selaras dengan Firman Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Al-Nahl ayat 11.
Ia juga tidak lari dari semangat Hijrah yang berlalu beribu tahun dahulu ditagih oleh seluruh Umat Islam serata dunia.
Semangat inilah yang akan memberi suntikan dan inspirasi kepada seluruh umat Islam melakukan perubahan dan transformasi ke arah hidup yang lebih cemerlang sama ada dari aspek spiritual dan material.
Ia juga bersandarkan kepada asas perjuangan kita iaitu perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.
Transfomasi itu sendiri menurut Ahmad Razif adalah dirujuk kepada BANGSA atau rakyat semua lapisan, Terengganu itu adalah TANAHAIR dan Baharu itu adalah AGAMA ISLAM Yang Maha Suci iaitu agama yang sentiasa sesuai sepanjang zaman atau sentiasa ‘baharu’.
Pihak kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Ahmad Razif khususnya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kerajaan melalui agenda transformasi yang berteraskan kepada lapan asas (prinsip) atau pendekatan iaitu:
Insklusif (suara rakyat suara keramat), Masjid dan Surau (sumber penyatuan), Keluarga Bahagia (rakyat sejahtera), Integriti (bersih dalaman dan luaran) Mesra (tapi tegas), Disiplin Kerja Yang Tinggi, Seruan Perpaduan dan Memperkasakan Pendidikan.
Sehingga ini dalam tempoh setahun TTB kita lihat beberapa indeksnya telah memperlihatkan perlaksanaan yang drastik telah berlaku di Terengganu, membabitkan kehendak rakyat yang meliputi transformasi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Sekaligus bermakna Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ini amat berjaya dan realistik atau menjadi kenyataan dan bukannya suatu khayalan atau fantasi.
... bersambung
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment