Páginas

Tuesday, 9 June 2015

Candat Sotong Promosi Terengganu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 6 JUNE 2015

 

Penglibatan media luar dalam Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 memberi impak secara tidak langsung kepada sektor pelancongan negeri.


Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata untuk tahun ini, seramai 122 wakil media cetak dan elektronik dari dalam dan luar negara telah mengambil bahagian bagi pesta candat.

“Berbanding tahun lepas hanya 21 negara yang telah mengambil bahagian tetapi tahun ini sebanyak 28 negara mengambil bahagian.

“Melalui pengamal media, terutama dari luar negara, secara tidak langsung mereka mula perkenalkan negeri Terengganu di persada antarabangsa apabila mereka melakukan ‘trending’ dalam media sosial,” katanya kepada pemberita.

6Tambahnya, walaupun ada peserta yang tidak mendapat sotong pada pusingan pertama yang berlansung di perairan Pulau Redang pada Rabu lalu tetapi mereka telah diberikan semangat akan dibawa ke perairan Pulau Kapas pada hari ini.

“Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat membawa pulang hasil tangkapan mungkin kerana arus kuat di sekitar perairan Pulau Redang.

“Tapi pada Sabtu ini, semua peserta akan dibawa ke sekitar perairan Pulau Kapas yang menjanjikan kepuasan kepada mereka semua,” katanya.


Dalam pada itu, peserta dari Jerman, Michela Dai Zovi berkata walaupun tidak dapat menangkap sotong pada hari tersebut, beliau akan mencuba menaikkan sekurang-kurangnya seekor sotong pada peringkat kedua nanti.

“Pada Rabu lalu, saya gagal menaikkan sotong tapi ianya bukan penghalang untuk turun sekali lagi ke laut untuk mencandat.

“Saya yakin akan berjaya kali ini kerana dikatakan di perairan Pulau Kapas terdapat banyak sotong sekarang,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment