Pengarah Urusan TTI, Wan Adnan Wan Derahman, berkata batikhat yang diusahakan bersama Desa Murni Batik Sdn Bhd itu melibatkan empat peringkat.
Katanya, peringkat pertama membabitkan pengeluaran kemeja lelaki bercorak abstrak dan flora mula diperkenalkan kepada pelancong akhir Mei lalu dan sambutan terhadap produk itu cukup menggalakkan.
“Manakala peringkat kedua yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat membabitkan pakaian wanita termasuk blaus dan kaftan, kain pasang (peringkat ketiga) dan pelbagai produk kraftangan seperti alas meja, pelapik pingan, dompet pula bagi peringkat keempat.
“Apa yang dilaksanakan itu hasil cetusan program tahunan Terengganu International Islamic Art Festival di mana tidak mahu mensia-siakan bakat dan seni kreatif setiap peserta,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Pembukaan Galeri Batikhat 1 Pakaian 1 Corak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.
“Sebaliknya hanya bermotifkan tulisan biasa seperti assalamualaikum, Terengganu dan pelbagai perkataan yang melambangkan budaya Terengganu.
“Setiap pakaian mempunyai corak dan tulisan khat berlainan supaya hak eksklusif atau identiti 1 Pakaian 1 Corak milik TTI dapat dikekalkan,”katanya.
Katanya, produk itu hanya dijual di Galeri Batikhat TTI dan bermungkinan akan diperluas pasarannya ke Festival Islamic luar Terengganu dan mempromosinya dalam laman sesawang.
Menurutnya, perasmian batikhat dijangka akan disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Ogos depan dengan melibatkan acara MOU dan juga pertunjukan fesyen.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment