Páginas

Thursday, 18 June 2015

Maidam Tetapkan Tiga Kadar Zakat Fitrah

AUTHOR: SURIATI ALI 17 JUNE 2015

Shaikh Harun menunjukkan tiga kadar zakat fitrah yang ditetapkan kepada umat islam di Terengganu.
*****
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan tiga kadar Zakat fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini iaitu RM7.40, RM6.80 atau RM4.60 bagi setiap orang



Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata kadar itu dikira berdasarkan harga beras yang nilainya bersamaan beras lima peratus hancur, beras 10 peratus hancur serta beras 15 peratus hancur.

“Bagi mana-mana orang ramai yang memakan beras dari jenis yang baik, maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakan,“ katanya kepada pemberita, di Pejabat Maidam, hari ini.

Menurutnya, Maidam melantik seramai 1,100 amil untuk menjalankan pungutan fitrah atau zakat harta di setiap 496 buah masjid dan lebih 1,000 surau seluruh negeri.

“Umat Islam disaran agar membayar fitrah kepada amil yang dilantik oleh Maidam dan menjadi kesalahan sekiranya ia dibuat melalui individu yang tidak bertauliah,”katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment