Páginas

Sunday 28 June 2015

Gesa Usahawan Niaga Menerusi Karavan

AUTHOR: SURIATI ALI 27 JUNE 2015


Usahawan terutama perniaga jalanan di Terengganu diminta melakukan transformasi dalam perniagaan masing-masing termasuk menceburi bidang jualan menerusi karavan (lori kecil) berikutan kekangan mendapatkan lokasi dan premis niaga.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Uasahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata menjadi harapan kerajaan negeri untuk mewujudkan komuniti usahawan karavan kerana strategi itu mampu membantu golongan sasar memacu perniagaan mereka sekaligus meraih pendapatan lebih tinggi.

Katanya, kaedah itu dilihat lebih banyak mendatangkan manfaat, berikutan tidak perlu menyewa premis yang dikatakan semakin mahal, lokasi perniagaan tidak statik dan boleh memilih kawasan perniagaan yang digazedkan kerajaan.

“Perniagaan mengunakan karavan bukan dikhususkan untuk jualan makanan sahaja tetapi juga boleh melibatkan jualan pakaian, perkhidmatan mengunting rambut dan jualan barangan kraf,”katanya kepada Teganukita.

Berdasarkan rekod Yayasan Pembagunan Usahawan (YPU), terdapat 15 permohonan termasuk yang sudah memiliki karavan menyatakan minat untuk menyertai Program Kanavan Bersama Komuniti yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Rosli berkata, kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 20 pemilik karavan bakal menyertai program itu untuk bersama-sama bergerak ke lokasi dan hari yang ditetapkan.

“Perancangan itu termasuk menempatkan pemilik karavan bersama-sama peniaga di Pasar Malam KT Walk, dan karnival Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

“Seboleh-bolehnya kerajaan mahu usahawan muda dan peniaga jalanan menceburi perniagaan mengunakan konsep itu, pastinya mudah, persekitaran terjaga, boleh memilih lokasi dan barangan berniaga,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment