Páginas

Monday 15 June 2015

"Saya Sayang Bapa Saya"

15 Jun 2015 (Ahad) Oleh Haji Wan Aziz Wan Idris


Tema ini dipilih sempena meraikan Hari Bapa peringkat negeri Terengganu 2015. Program ini diadakan juga sebagai menyambut kedatangan Bulan Ramadan 1436H yang akan tiba tak berapa hari lagi.


Sambutan kali ini bertempat di Masjid Hadhari Bandar Jertih disempurnakan oleh Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh.



Pengisian program yang bermula jam 5.00 petang dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh LPPKN Terengganu. Selepas solat Magrib diadakan solat Hajat, bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas solat Isya' tetamu beralih ke majllis perasmian sambutan diadakan di Dewan Seminar Masjid Hadhari Bandar Jertih.



Selepas Dato' Haji Muhammad Pehimi merasmikan program, Penyampaian Penghargaan Hari Bapa Peringkat Daerah Besut diadakan. 10 orang bapa menerima penghargaan ini. Mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU).



Satu perkongsian ilmu disampaikan oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh, Pakar Motivasi dan Kaunselor dengan tajuk "SAYA SAYANG BAPA SAYA".



Majlis berakhir dengan agihan buah kurma kepada tetamu yang menjayakan program yang julung kalinya diadakan di daerah ini.

Hadir sama Dato' A. Rahim Jusoh - Pegawai Daerah Besut, Puan Nor Harmimi binti Jalil - Pengarah LPPKN Negeri Terengganu serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.





MediaJertih

No comments:

Post a Comment