Selama 2 bulan berada ditanah Suci Mekah dan dirawat di Hospital Ajyad (milik kerajaan Arab Saudi) yang bermulanya Mamat Jusoh mengerjakan Umrah bersama isteri Hajah Rokiah Seman, 58 berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 5 April lalu.
Menurut Mazri, kejadian koma bermula pada 11 April iaitu beberapa hari selepas mengerjakan umrah, sewaktu ayah beliau menunaikan solat Asar di Masjidil Haram, tiba-tiba jatuh dan terus koma.
“sebelum itu ayahnya memang pernah mempunyai penyakit darah tinggi, tetapi tidak menyangka pula jatuh dan koma di sana”.
“Ayah yang pergi membuat umrah bersama emak dalam keadaan sihat walafiat. Sudah ditakdirkan ayah sakit dan koma sekarang di tanah suci”.
“Kami hadapi ujian Allah ini dengan penuh redha dan berusaha agar ayah kembali sembuh”.
Setibanya Mamat Jusoh di KLIA ia telah disambut oleh kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dibawa terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur( KLIA) ke HSNZ, Kuala Terengganu.
Menurut Mazri lagi, terlalu besar budi dan jasa Menteri Besar, Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kerajaan negeri Terengganu kepada keluarga mereka, demikian.
Bagi penulis, keluhuran, kecaknaan yang ada pada Yab Dato’ Seri Ahmad Razif telah dizahirkan kali ini dan ia mengambarkan sesebuah kerajaan yang mana didokong oleh UMNO/BN tidak ZALIM seperti yang digambarkan oleh PEMBANGKANG.
Sebagai Pemimpin No. 1 Negeri Terengganu Yab Dato’ Seri Ahmad Razif mempunyai sentuhan dalam menyantumi denyut nadi rakyat dibawah jajahannya.
No comments:
Post a Comment