Páginas

Sunday 21 June 2015

Maidam Sedia RM8.5 juta Untuk 20,585 Golongan Asnaf

AUTHOR: SURIATI ALI 18 JUNE 2015

Shaikh Harun ketika Sidang Media di Pejabat Maidam, semalam, Foto Harish Fadzillah
*****
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan hampir RM8.5 juta untuk diagihkan kepada 20,585 golongan asnaf di Terengganu pada Ramadan tahun ini.



Berdasarkan jumlah itu, sebanyak RM7.4 juta diperuntukkan kepada 17,801 orang miskin; RM767,500 untuk 2,277 orang fakir; RM190,300 (501 mualaf) dan sebanyak RM108,000 pula disediakan untuk 207 keluarga Orang Asli,

Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata setiap keluarga penerima kategori miskin dan fakir layak menerima RM300, selain penambahan RM50 untuk bilangan setiap anak termasuk isteri.

Katanya, terdapat 19 keluarga miskin termasuk dua keluarga fakir layak memperoleh bantuan sehingga RM850 kerana mempunyai bilangan 11 orang anak dan seorang isteri.

“Manakala RM350 untuk setiap keluarga mualaf dan RM400 bagi keluarga Orang Asli.

“Bantuan itu akan diagihkan secara berperingkat-peringkat mengikut Dewan Undangan Negeri masing-masing,”katanya kepada pemberita di Pejabat Maidam, Kuala Terengganu, semalam ..

Shaikh Harun turut memberitahu bantuan itu diagih lebih awal berbanding tahun sebelum ini iaitu bermula hari ini dan dijangka selesai sebelum 15 Ramadan.

“Pendekatan itu pasti mengembirakan keluarga penerima untuk membeli pelbagai barangan keperluan bagi menyambut kedatangan Ramadan selama sebulan,”katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment