Páginas

Saturday 13 June 2015

Terengganu Terima RM620 Juta Laksana Projek Di Kawasan Pedalaman

AUTHOR: SURIATI ALI 10 JUNE 2015


Terengganu menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM620 juta bagi membangunkan projek-projek di kawasan pedalaman , termasuk perkampungan Orang Asli di sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata peruntukan yang diterima menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak termasuk kos tambahan, RM25 juta yang disediakan bagi tahun ini bagi tujuan sama.


Katanya, antara projek yang terlibat termasuk, Pembinaan Pusat Tranformasi Modal Insan Orang Asli, Projek Ladang Buah Skala, Program Bantuan Rumah, Program Latihan Kemahiran Kerjaya, Bekalan Air Luar Bandar, Desa Lestari dan Program Imeniti Sosial.

“Manakala kos tambahan pula disalurkan bagi projek pasca banjir, membina jambatan, membaik pulih rumah, pemulihan Projek TamaK Semaian Risda dan membina jalan Kampung Keruak dan La, Besut.

“Peruntukan besar itu diagihkan kepada agensi perlaksana, termasuk Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Agensi lain, Jabatan Kemajuan Masyarakat Terengganu (KEMAS) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Giat Mara, Felcra, Risda Terengganu dan Jabatan Perdana Menteri cawagan Terengganu, katanya.

Menurutnya, senarai projek yang diluluskan sedang dibuat siasatan dan hasil perolehan akan dibuat dengan kadar segera supaya setiap projek dapat memberi manfaat kepada semua pihak, terutama penduduk luar Bandar.

“Langkah itu perlu dilaksanakan bagi membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8 peratus menjelang 2020,”katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment