Monday, 29 June 2015
Usaha Bina Persepsi Dap Parti Mesra Melayu Akan Gagal – Dr Shamsul
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tindakan Dap hari ini yang giat mempromosikan keanggotaan parti kepada orang Melayu dilihat sebagai satu usaha untuk menanamkan persepsi di kalangan rakyat negara ini agar memandang parti tersebut, bukan hanya untuk kaum tertentu saja tetapi ia adalah parti untuk pelbagai kaum, demikian jelas penganalisa politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat.
Bagaimanapun menurut beliau, usaha kepimpinan Dap ini akan gagal memandangkan sejarah parti itu sendiri yang memperlihatkan bahawa perjuangan parti tersebut selama ini tidak pernah mesra Melayu.
“Berdasarkan sejarah, kedudukan etnik lain, khususnya orang Melayu di dalam Dap tidak pernah dalam bentuk yang signifiken. Setakat ini, tidak pernah ada orang Melayu yang dapat memegang jawatan yang tinggi dalam hiraki kepimpinan Dap, kecuali Tunku Aziz, tetapi beliau pun sudah keluar dari Dap.
dap-peralat-guna-calon-melayu-alat-politik-gimik-lim-guan-eng-kit-siang-dyana-sofya-teluk-intan-perak
“Ini jelas memperlihatkan bahawa parti ini, perjuangannya dan ideologi politiknya memang tidak sesuai dengan sebahagian besar dari orang-orang Melayu di negara ini.
“Bahkan berdasarkan sejarah itu juga ia memperlihatkan seolah-olah kepimpinan Dap tidak memberikan kepercayaan kepada etnik lain selain daripada kaum Cina untuk memegang jawatan tertinggi di dalam parti,” jelasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambah beliau, dengan fakta sejarah di mana orang-orang Melayu yang berjuang di dalam Dap tidak akan memegang jawatan tinggi, tidak kekal lama dan akhirnya akan berundur dengan sendirinya, ia sepatutnya menjadi satu iktibar kepada mana-mana orang Melayu yang mahu menganggotai parti tersebut.
“Kita dapat lihat bahawa kini memang ada gerakan dari Dap yang berusaha untuk mempromosikan parti mereka itu sebagai parti berbilang kaum dengan kemasukan A. Samad Said dan juga bekas ahli Pas baru-baru ini.
“Bagaimanapun, sejarah parti ini sepatutnya menjadi kayu ukur kepada mana-mana pemimpin Melayu yang ingin berjuang bersama parti tersebut supaya kita tidak membuang masa dan tenaga di mana etnik lain tidak akan mendapat tempat di dalam parti yang sebenarnya di dominasikan oleh satu kaum sahaja.
“Pakatan Pembangkang itu sendiri adalah satu eksperimental gerakan politik multi racial dalam skala besar, namun akhirnya ia juga gagal.
“Ini kerana parti Melayu iaitu Pas, tidak boleh masuk dengan perjuangan Malaysia-Malaysian yang dibawa oleh parti Dap manakala Dap pula tidak bersetuju dengan dasar perjuangan Islam yang menjadi dasar parti tersebut,”ujarnya.
-MediaUMNO/MediaJertih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment