Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Uasahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata peruntukan yang diagihkan melalui Jabatan Pertanian Negeri Terengganu itu sebagai modal mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Tani ahli koperasi yang juga golongan petani termasuk sayuran dan buah-buahan tempatan.
Katanya, antara koperasi terlibat, Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut Berhad, Koperasi Jom Bertani Permaisuri Setiu Berhad, Koperasi Jom Bertani Langkap Setiu Berhad dan Koperasi Bela Rakyat Jertih Berhad.
“Koperasi lain, Koperasi Tani Dungun Berhad, Koperasi Tani Kuala Berang Berhad dan Koperasi Kampung Wa Dungun Berhad.
“Pengurusan, pemantapan dan pemantauan koperasi itu dibimbing Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya sentiasa aktif dan berdaya saing,” katanya kepada Teganukita.my
Menurutnya, melalui pendekatan itu, sudah pasti setiap ahli koperasi mampu memperoleh keuntungan berganda kerana hasil pertanian dijual terus peruncit tanpa melalui orang tengah.
“Terdapat juga ahli koperasi menghasilkan produk Industri Kecil dan Sederhana seperti kerepek ubi kayu, empeyek kacang, karipap segera dan kerepek pisang.
“Kerajaan mempergiatkan Program Pengukuhan dan Pemantapan secara berperingkat-peringkat dengan mengutamakan koperasi baharu yang ditubuhkan,”katanya.
Sebanyak 30 koperasi baharu di Kemaman dan Dungun telah mengikuti program itu sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek terutama berkaitan pengurusan wang, penjanaan perniagaan dan pemasaran produk.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment