Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi transformasi berkenaan, pemohon tidak perlu beratur menuntut wang mereka dan ianya mampu menjimatkan masa serta menjadikannya urusan pembayaran lebih teratur.
“Kita hendak memastikan pembahagian ini dimudahkan tapi dalam masa yang sama keselamatan juga perlu diberi perhatian.
“Ianya bertujuan supaya tidak berlaku kehilangan dan tiada yang cuba mengambil kesempatan dalam penerimaan wang dana ini,” katanya.
Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik.
Seramai 634 orang penerima menerima sumbangan dana pada hari ini bagi kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Baru Seberang Takir.
Dalam masa yang sama, Ahmad Razif turut melawat ke rumah warga emas yang uzur dan Orang Kelainan Upaya bagi menyerahkan wang dana tersebut secara terus.
“Pemberian secara terus ini amat bagus untuk mereka yang uzur kerana keadaan mereka yang sukar untuk bergerak.
“Di samping itu, kita dapat memberi motivasi kepada penerima ini agar mereka lebih gembira di bulan Ramadan serta mengurangkan rasa dipinggirkan,” katanya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment