Páginas

Monday 1 June 2015

YPKT Anjur Forum Perdana Cakna Keluarga Mulai 1 Jun

AUTHOR: NORAINI JUSOH 31 MAY 2015


Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan menganjurkan program Forum Perdana Cakna Keluarga mulai 1 Jun ini.


Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Inovasi) YPKT, Mohd Muzamri Mohd Yusoff berkata, tiga ahli panel diundang bagi membincangkan tajuk Transformasi Keluarga Bahagia-Jalan Menuju Ke Syurga selama tiga hari berturut-turut di lima lokasi yang berbeza.

“Ahli-ahli panel yang akan mengupas isu berkenaan ialah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid selaku moderator, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Abd Halim Awang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, slot pertama diadakan di Masjid Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu pada 1 Jun tepat pukul 9 malam.

“Hari berikutnya (2 Jun) program Forum Perdana Cakna Keluarga akan berlangsung di Dewan Quinara Al Safir Resort, Tok Jembal pada pukul 3 petang dan sebelah malamnya (pukul 9) pula akan diadakan di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Bukit Tunggal,” ujarnya.

Menurut beliau, forum perdana tersebut diteruskan pada hari ketiga (3 Jun) di Dewan Komuniti Pejabat Penyelaras DUN Manir dan Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya Marang masing-masing tepat pukul 3 petang dan 9 malam.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment