Páginas

Tuesday 9 June 2015

Pasar Payang Diroboh Tahun Depan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 8 JUNE 2015


Pasar Besar Kedai Payang bakal dirobohkan tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.


Menurut beliau, pasar sedia ada akan digantikan dengan pasar baru di tapak yang sama.

“Tapak sementara bagi pasar itu telahpun dikenalpasti dan kita akan tempatkan di Pulau Warisan.

“Pada dasarnya, peniaga di kawasan pasar tersebut telahpun faham dengan masalah yang dihadapi kerana ianya tidak selamat untuk diduduki lagi,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu, kelmarin.

Ujarnya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah mengkaji tahap keselamatan dan ketahanan pasar itu.

“Saya difahamkan oleh pihak JKR bahawa ketahanan bagi pasar tersebut hanya tinggal 10 peratus sahaja dan ianya amat tidak selamat jika dibiarkan,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment