Páginas

Wednesday 24 June 2015

Terengganu ucap terima kasih kepada Arab Saudi bawa pulang pesakit

Posted on June 24, 20150 Comment

Dato' Pehimi menziarahi pesakit Mamat Yusof di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.
*****
Dato’ Pehimi menziarahi pesakit Mamat Jusoh di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.


Kerajaan negeri Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negara Arab Saudi yang membantu menguruskan proses membawa pulang pesakit Mamat Jusoh sehingga selamat tiba di tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghargai usaha kerajaan Arab Saudi yang memberikan pertolongan sehingga urusan membawa balik Mamat Jusoh berjalan lancar.

“Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberi kerjasama kepada kita untuk membawa pulang pesakit ke Malaysia”.
“Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu bersyukur pesakit selamat tiba di negeri ini dari Arab Saudi”.

Beliau berkata demikan kepada Terengganu Times selepas melawat Mamat Yusof di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Dr. Mohamad Omar.
Beliau juga berterima kasih kepada Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dan seorang doktor pengiring dari HSNZ yang turut sama membantu menjaga Mamat Jusoh sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya ke Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu ucap terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi bantu bawa pulang Mamat Yusof ke Malaysia. 
*****
Kerajaan negeri Terengganu ucap terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi bantu bawa pulang Mamat Jusoh ke Malaysia.

Ketibaan Mamat Jusoh, 69 tahun di KLIA bersama Dato’ Seri Ahmad Razif yang pulang dari mengerjakan ibadah Umrah di Mekah.

Mamat tiba di HSNZ jam 7 malam petang semalam kini berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan Pegawai Perubatan Unit Neurologi HSNZ yang akan membuat rawatan susulan selepas ini. Menurut doktor, Mamat sudah mula memberi tindak balas ketika menerima rawatan dari pihak hospital HSNZ.

Mamat Jusoh menerima rawatan di Hospital Ajyaad, Mekah sejak dua bulan lalu selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan ibadah umrah.

Terengganutimes/MediaJertih

No comments:

Post a Comment