Páginas

Sunday 28 June 2015

Tempoh Seminggu Rayuan Dana Raya Dan Dana Remaja

AUTHOR: SURIATI ALI 24 JUNE 2015


Kerajaan negeri menasihati kira-kira 14,000 pemohon yang gagal mendapatkan bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri dan Dana Bakti Remaja 2015 supaya membuat rayuan agar permohonan mereka dapat diteliti dan dipertimbangkan semula.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata mereka disaran membuat rayuan dengan kadar segera kerana tempoh masa boleh berbuat demikian hanya seminggu, iaitu berakhir pada 2 Julai ini.

“Pemohon yang kurang mahir mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (bagi mengemaskini permohonan), boleh mendapat bantuan kakitangan Pejabat DUN dan Pusat Bestari.Com di kawasan masing-masing,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Ahmad Razif turut memberitahu,  kebanyakan kes pemohon gagal menerima bantuan itu disebabkan tidak memenuhi syarat, termasuk tidak mendaftar sebagai pemilih dan pendapatan melebihi syarat.

Katanya, hampir RM10 juta disediakan bagi pengagihan kepada yang membuat rayuan, iaitu tambahan daripada jumlah agihan secara berperingkat-peringkat sebanyak RM71,541,000 kepada 194,240 penerima di 32 DUN dalam negeri ini mulai minggu lalu.

“Manakala sebanyak RM17,511,800 pula diperuntukan untuk 87,559 penerima bantuan Dana Bakti Remaja.

“Kategori yang kita beri ialah Orang Kelainan Upaya (RM300), warga emas (RM300), duda/ibu tunggal ada anak (RM400), duda/ibu tunggal tiada anak (RM300), orang miskin ada anak dan isteri (RM400), orang miskin (bujang berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah) sebanyak RM300,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment